Wednesday, 23 February 2011

Jangan hanya cakap. Tapi fikir ?

Assalamualaikum. 

Mencuba sesuatu yang baru. Kisah benar. 

Kau saudaraku

Wahai teman,
Aku juga punya hati,
Aku juga punya perasaan,
Aku juga punya harga diri,
Aku juga manusia,
Sama seperti kau.

Tapi kau bilang,
Kesombongan sebati padaku,
Kau bilang,
Jahil seperti kaum Quraish,
Kau bilang,
Aku belajar bahasa Yahudi.

Kata nista terpalit di mukamu,
Menuduh tanpa dalil,
Bengis, lantang sungguh kau,
Melemparkan kata-kata,

Aku terpana saat mendengar,
Bisikmu menelusuri masuk 
ke hatiku,
Alangkah kolotnya kau,
Lidahku kelu,
Badanku kaku,
Hatiku pilu,
Hirisanmu tak akan hilang
Selamanya.

Inginku katakan padamu,
Salahkah aku kerana mencintai ilmu?
Salahkah aku kerana belajar bahasa itu?
Salahkah aku menjalankan tanggungjawabku?
Katakan kesalahanku padamu.

Jikalau begitu,
Biarlah, biarlah, biarlah,
Melayu mundur, kosong bagai padang terkukur,
Dimalukan di tanah sendiri,
Tiada spesifikasi selain kau,
Katakan aku belajar bahasa Yahudi.

Tapi ingatlah,
Tika keturunanmu lahir nanti,
Kau pasti mengerti,
Bahawa aku hanya mencurahkan
sedikit tenaga,
Bukan untukku, tapi untukmu jua,
Wahai  saudaraku.. 


p/s: Tak salah kalau belajar, tak kiralah bahasa apa pun. Cuma belajar bahasa bukan ikut budaya mereka pun.  Nabi tidak melarang umatnya belajar inikan kita.?
Maaf kepada sesiapa yang terasa. Hanya meluahkan isi hati.  Peace No War. :)

0 comments:

Post a Comment